-->

hati mula berbicara

Powered By Blogger
‎"sesuatu yg diimpikan tak selalunya menjadi kenyataan,tetapi ape yg tak diduga berlaku dgn tiba-tiba,biarlah kite menangis hari nie kerana kesakitan semalam,jgn kite ketawa memanjang kerana kegembiraan yg belum pasti untuk selamanya"

10 December 2011

=30 perkara yang perempuan tak sempat beritahu lelaki=

saje nk share...:)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia
akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Dicatat oleh =kiela= di 4:11 PM
0 komen

=love you like a love song=


SUKA LAGU NIE...JUST FOR YOU B...




"i love u like a love song B....muahhh!"
Dicatat oleh =kiela= di 2:14 AM
0 komen

10 November 2011

=Terbaik Untukmu=


love this song...
lagu nie khas untuk my jantung hati...

:: syg nk jd terbaik utk b...::


TERBAIK UNTUKMU by TANGGA
Dicatat oleh =kiela= di 6:50 PM
0 komen

08 November 2011

=RINGKAS DAN BERMAKNA=




"dugaan Allah itu paling terhebat sama macam dengan nikmatNya"

kiela kn kuat...sabar yer...chaiyokkk!!


Dicatat oleh =kiela= di 9:52 PM
0 komen

04 November 2011

=Happy Birthday My Jantung Hati=


punya la poyo aku bersengkang mata menunggu detik tepat pukul 12....
bajet nk jd org first wish birthday...tp yg adooo...aku tertido...
*hampes kau kiela....
hahahaha!!
tp effort aku tu penting...
betul tak bucuk...

"SELAMAT HARI LAHIR AMIN SAFWAN BIN AZIZAN"
Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta dilimpahkan dengan kegembiraan..Amin.=)
Semoga berbahagia selalu.. love you always my bucuk....MUAHHH!!

nah..amik hadiah big kisss nie...hehehe

p/s tak dapat celebrate sama2...disebabkan jarak memisahkan...huhuhu...
-_____- bucuk cepat cepat balik KL ok!!!miss u like crazy already tau tak..!
hadiah tunggu sayang dpt gaji yer...kite tiup lilin sama2 ok..;)
i love u more n more bucuk..



Dicatat oleh =kiela= di 7:33 AM
0 komen

02 November 2011

=S.A.B.A.R=

Sabar je la aku dengan karenah manusia nie...ckp sahaja pandai tp xnk plak nk cermin diri sndri...kite hamba Allah mane ade yg sempurna...manusia mmg x pernah lepas dlm mlakukn kesilapan...tetapi dgn kesilapan yg dilakukn itulah kite harus memperbaiki diri kite...cari diri kite yg sebenar...bukan melaga-lagakan sesama sendiri...itulah lumrah namanya....aku hanya mampu bersabar...



Dicatat oleh =kiela= di 6:53 PM
0 komen

=Aku Hanya Wanita Biasa=

Duhai Kau yang Telah Memilihku Kelak...

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya aku ingin kau tau, aku boleh saja berbuat salah dan membuatmu marah. Maka aku mohon kepadamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah kepadaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku menderhakaimu…

Duhai Kau yang Telah Memilihku Kelak...

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur untuk menyiapkan makanan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti -InsyaAllah-. Maka, aku akan nampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian aku harus mengurus istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja, atau kau akan mendapatiku mengantuk di saat mendengar keluhan dan ceritamu. Bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu meluahkan segala rasamu, tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang meragam, dan aku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami, maka aku tak mahu mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum kepadaku, kerana kau adalah kekuatanku.

Kepadamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah. Ada kalanya kau akan mendapatiku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana aku membangkangmu, tapi aku hanya wanita biasa.
Aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Mungkin saat itu aku tak menemuimu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu. Maka bersabarlah, yang aku inginkan hanya belaianmu kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku.

Kepadamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajarku, membimbingku ke arah-NYA. Jangan segan membangunkan aku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat kepada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Kepadamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalanya waktu, kau akan mendapati rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar. Dan kau tak akan mendapatiku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan pernah berpaling daripadaku kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku kepadamu...

Ketahuilah... 

Tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta kepadamu. Maka cintailah aku kerana-NYA, dengan apa adanya aku. 

Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna. 
Aku hanya wanita biasa.


Dicatat oleh =kiela= di 6:27 PM
0 komen

26 October 2011

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿


Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??


perbualan antara anak dan ayah...


Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Astaghfirullah al-azim...:(
Dicatat oleh =kiela= di 2:34 PM
0 komen

=KAU MMG DASAR TALAM BYK MUKA=

SELAMA NIE AKU DIAM JE...TERIMA JE PERANGAI KAU...AKU SAYANG KAU...AKU ANGGAP KAU MCM KAKAK AKU SENDIRI...SEGALA MASALAH AKU SHARE DENGAN KAU...AKU PERCAYAKAN KAU...BG AKU AKU BERSYUKUR DPT KAKAK MCM KAU...TP AKU TAK SANGKA KAU SANGGUP BURUKKAN AKU..JUAL NAMA AKU...KUTUK AKU...LEPAS KAU DA BURUKKAN AKU KT TEMPAT KEJE...AKU STILL TERIMA KAU....AKU MINTA MAAF DENGAN KAU...MAYBE AKU TAK SEDAR KESILAPAN AKU...TP KAU STILL TAK PUAS HATI DENGAN AKU...STILL DENGAN PERANGAI KAU YANG PLASTIK TU...DEPAN AKU KAU SANGAT  LAA BERMULUT MANIS...BELAKANG AKU KAU BURUKKAN AKU LAGI KAT ORANG LAIN...SAMPAI AKU DITUDUH MCM2 SEBAB KAU...AKU TAK KISAH...NK KUTUK...KUTUK LAA...MANUSIA MMG MCM TU....HANYA ORANG YANG KENAL AKU AKAN TANYA PERKARA YANG SEBENAR...TAK TUDUH AKU MELULU...BG ORANG YANG TAK KENAL AKU...DORANG AKAN PERCAYA DENGAN CTER2 YANG DITOKOK TAMBAH KAU,YANG KAU REKA SENDIRI....BG DORANG BENCI KAT AKU...


UNTUK KAU BURUKKAN LA AKU LAGI SAMPAI KAU PUAS HATI.....SAMPAI SEMUA ORANG BENCI AKU PN BOLEH....KAT SINI KAU BOLEH BERJAYA...TP KAT AKHIRAT KAU TAU LA NASIB KAU....SERIOUSLY AKU SEDIH DAPAT KAWAN TALAM MCM KAU NIE....TIAP MALAM AKU MENGELUARKAN AIR MATA AKU NIE SEBAB KAU....AKU SAYANGKAN PERSAHABATAN NIE,AKU SAYANGKAN KAU...AKU TAK HABIS FIKIR...APA YANG KAU TAK PUAS HATI DENGAN AKU...BIARLAA AKU DENGAN HIDUP AKU...TAHNIAH UNTUK KAU....
Dicatat oleh =kiela= di 10:24 AM
1 komen

17 October 2011

=Mengumpat =


Dosa Mengumpat akan di ampun hanya oleh mangsa umpatan

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)




nauzubillah min zalik...takutnya -___-
buat renungan bersama 

Dicatat oleh =kiela= di 9:05 AM
0 komen

12 October 2011

=#Wordless Wednesday [2]=


Dicatat oleh =kiela= di 4:50 PM
0 komen

=JUST FOR YOU=


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu


= I LOVE U B =
Dicatat oleh =kiela= di 3:50 PM
0 komen

=YOU ARE NOTHING=

"you are nothing"
berambus la kau dari hidup aku
tak payah nk sibuk hal aku lagi
aku tak suka kau...aku tak akan maafkan kau...
setelah sekian lama bersabar
bak kata orang sabar manusia ade batasnya...
tp perangai kau memang annoying,plastik...
so last word to you........
hargailah orang disekeliling kau..
jaga mulut kau...
sebab kerana mulut badan akan binasa.....
sebab mulut manusia boleh bergaduh....
bermasam muka....
nk ckp lebih2 aku pn bknnya baik sangat
aku hanya manusia biasa....
lg tak sempurna....
Dicatat oleh =kiela= di 1:28 PM
0 komen

14 September 2011

= #Wordless Wednesday [1] =


its really a bad feeling when we are far apart
I MISS YOU DAMN SO MUCH..!!
AMIN SAFWAN B. AZIZAN

Dicatat oleh =kiela= di 12:17 PM
0 komen

12 September 2011

=kuatkan lahh semangat aku=

somebody help me..down sangat sangat nie..rase nk lari jauh jauh dari hidup yg penuh dgn dugaan nie..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........!!!!!!



"Ya Allah...aku mohon pulihkan lah semangat aku kembali..."
Dicatat oleh =kiela= di 12:57 PM
0 komen

11 September 2011

=Kawan Untuk Kepentingan...ewww Tolong lahhh..!!=




JANGAN BERPERANGAI BURUK : BERKAWAN HANYA UNTUK KEPENTINGAN DAN KESENANGAN DIRI SENDIRI...SUMPAH AKU TAK SUKA....!!!
BOLEH BLAH OK!!!



Dicatat oleh =kiela= di 1:18 AM
0 komen

06 September 2011

=TERIMA SEADANYA=


hello diary..
suramnya hati nie....
tak tahu mcm mana nk mulakan...
air mata nie terus mengalir tak berhenti...
ssh nk meluahkannya.....
hanya lagu dpt ceritakan segalanya...

 lagu nie utk jantung hati aku..
=aku takkan bersuara=
by Nike Ardila



Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi kenyataan
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

c/o
Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya
Sehingga Abadi...
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku

"diaryku...kau la saksi luahan aku nie..aku sanggup berjauhan dgn die...tp aku tak sanggup nk kehilangan die..kalo itu kekurangan die..aku terima seadanya...janji die setia dgn aku,tak abaikan aku...aku sanggup terima kesusahan itu...hanya tuhan je tahu...betapa aku sayangkan die...aku berjanji hanya die,aku akan setia dgn die...diaryku...walaupun bru nk msok 4 bulan kami kenal...tp mengenali die dlm mase tu mcm da bertahun kami kenal...kami bercinta,sangat ajaib...hanya aku dgn die tahu kisah kami..."

tuhan tolong jgn pisahkan kami...
huhuhuhuhu
Dicatat oleh =kiela= di 11:26 PM
0 komen

22 August 2011

=Lelaki Segak Bila Berbaju Melayu=


Saya kan kan...
cehh tetiba saya sopan plk kan...
hahaha..tgk tajuk entry laa...
saya paling suka tgk lelaki yg memakai baju melayu...
lg comel kalo yg baby pakai baju melayu...
rase nk lempang lempang je muka die...
hahahaha....
awwww...saya rase mereka sangat segak,kacak lg macho...
bila memakai baju melayu...
mula la mood gatal dok mengusha kan...
ish...ish...tp itu laa kenyataanya...
lalalala~~


comelllnya...si faheem nie...
nie anak saudara kawan saya Miera...

*sumber google

comellllllnya....da laa pakai color pink...warna feveret saya plk tu...
rase mcm nk lempang lempang je kan...dgn kecomelan budak nie...
hahahaha...

*sumber google

awwww......bf saya nie...tolong jgn pandang saya mcm tu...
malu laa....hahahaha....
segak kan Shaheizy Sam bila berbaju melayu....
........
dan yg paling segak,kacak,macho lg comelll
di mata saya...tentulah jantung hati saya...
awww...awwww
seriously saya suka bila die berbaju melayu..
sampai profile pic facebook saya...
saya letak gambar die...
excited sangat tu kiela...hahaha...
biaarr laaa...


macho kan...
serious sangat muka mamat nie...
hahaha...


yg nie lg laa...
serious habis....
hahahaha...


p/s : to my jantung hati...boleh tak nanti kite jumpa awak pakai baju melayu....
boleh la...boleh la...
lalalalala~~~




Dicatat oleh =kiela= di 10:19 PM
1 komen

=Beruntungnya Menjadi Perempuan=

Teringin nk share...aku copy & paste dari notes facebook hamba Allah yg tak dikenali...
menarik...mari laa kite baca bersama-sama yer..




1.) Dia bekerja dengan Tuhan..jadi 'kilang manusia'.Tiap-tiap bulan  
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka  hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada  cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. 

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis..Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 

Marilah kita pegang kepada tali Allah.  
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..  
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk  Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.  

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: 
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. 

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. 

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. 

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak  
derhaka denganNYA........ 

::Beruntungkan..selamat beramal...::


Dicatat oleh =kiela= di 8:15 PM
0 komen

21 August 2011

=Menghitung Hari ♥=

cepatnya masa berlalu...
pejam celik pejam celik...
da 20 hari umat islam berpuasa...
alhamdulilah puasa aku still penuh...
anak bulan masih lagi tidak kelihatan....
~ngeeee....

hadirnya jantung hatiku....membuatkan bulan puasa tahun nie lebih bermakna...
hadirnya die dpt laa mengubat kerinduan aku dgn housemate tersayang....
kenangan bersahur...memasak...berbuka bersama...really really miss that moment...
rasa nk nangis bila teringat gelagat kami...
belum ditambah lg kerinduan aku dgn masakan mak di kampung...
tp dgn kehadiran die....aku lebih sabar dan tabah untuk harungi semua tu..
hidup berseorangan di tempat baru..dgn suasana yg baru...

pengalaman puasa bersama si die...mengejutkan aku sahur......
layanan die terhadap aku sepanjang bersama...
selalu membuatkan aku terharu...
degil aku...manja aku....gedik aku...rajuk aku...
die still bersabar....
walaupun jauh...sudah dua bulan tak berjumpa...
tetapi sentiasa ade bersama ketika susah mahupun senang...
terima kasih cintaku.....

so......................




aku menghitung hari untuk berjumpa dgn die yg aku rindui sngt sangt....
hope sangat ape yg dirancang menjadi....

nasib la baik...praktikal bersama kwn kwn 1 kolej yg gler gler macam aku...
mereka la yg menghilangkan rasa bosan yg melanda....
kak fad...ninie...daya....
thnx korang..!!!

mood : excited ♥♥♥♥♥♥♥



Dicatat oleh =kiela= di 12:17 AM
2 komen

12 August 2011

=Detik Rasullullah SAW Menghadapi Sakaratulmaut=


Teringin nk share...Marilah kita hayati bersama.....


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabatkala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.
”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “BadanRasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii”
“Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
@ Setiapkali aku membaca kisah ini pasti sangat tersentuh hati dan rasa kerinduan yang amat sangat. Kubah hijau Masjid Nabawi pengubat rindu.
@ Sekadar peringatan, pernahkan kita membaca dan menjiwai kisah hidup Nabi Muhamad SAW. Kalau sudah alahmdulillah dan kalau belum usahakanlah sekurang-kurang sekali seumur hidup.

Dipetik dari blog denaihati.com
Dicatat oleh =kiela= di 4:04 PM
0 komen

11 August 2011

=Ikrar Diet=

Teringin nk share....SUMBER dari sebuah note di facebook...


IKRAR DIET

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Maka saya,
Protege obesiti,
Berikrar,
Bahawa sesungguhnya,
Akan menumpukan,
Seluruh tenaga dan usaha saya,
Bagi mencapai berat badan ideal,
Dan menjaga,
Pemakanan saya,
Serta perut buncit saya,
Dengan penuh kedaulatan,
Dan kesusilaan.

Berlandaskan prinsip-prisip yang berikut:
o kepercayaan kepada diet
o kesetiaan kepada mentor
o keluhuran ketika bersenam 
o kedaulatan sayur salad
o kesopanan dan kesusilaan



bhahahahahaha...bukan negara je ade ikrar...diet pn ade ikrar....
apeee pn tak boleh...
hope sangat aku dapat turunkan berat badan aku....AMIN....
saya mahu size S jugak..lalalalala...

Dicatat oleh =kiela= di 9:55 AM
1 komen

09 August 2011

=Tanda Lelaki Sayang Kita..=



"DON'T BE A WOMAN THAT NEEDS A MAN...
BUT BE A WOMAN THAT MAN NEEDS..."


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

TERINGIN NK SHARE....SUMBER DARI NOTE SEBUAH FACEBOOK...

Dicatat oleh =kiela= di 9:52 PM
1 komen

=Promote Blog Kawan-Kawan=


Blog2 yang terpilih ialah.....



Kak fad
=http://elprincessdear.blogspot.com/=



Gee
=http://suezieyla.blogspot.com=



SueMuncet
=http://suemuncet.blogspot.com/=



Niniey
=http://orkedbubu.blogspot.com/=



Lily
=http://shayeamily.blogspot.com=



Kak Eima
=http://antaramerekasiapaygbolehaqupercayai.blogspot.com=


Ika
=http://mrsasrafovics.blogspot.com/=



Fatin
=http://mizsmuchuxx.blogspot.com/=


Ninie
==http://niemin.blogspot.com/=

kawan-kawan aku nie....
ade yang baru berjinak-jinak dalam penulisan blog mcm aku nie.....
ade yang da pro dalam selok belok blog nie...
so singgah2 la yer....
siap bg nama link blog gitu....
hahahaha.....
hope mereka mereka nie tak marah laa...
kalo mereka marah...
aku larikkkkkkkk....
lalalalala~


Dicatat oleh =kiela= di 10:27 AM
0 komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

=Popular Posts=

  • =GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA=
    KLIK BANNER DIATAS UTK KETERANGAN LANJUT..!! SAJE JE TEST JOIN..!! MALAS NK MENAIP PLK..!! HUHUHU..
  • =Bahagiamu Deritaku=
    BAHAGIAMU DERITAKU *peh lirik lagu nie mmg kene dgn aku.... Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya ...
  • =contest : K.A.M.I F.O.T.O.G.E.N.I.K=
    KLIK BANNER UNTUK JOIN SOLO AT TAMAN KLCC DUO WITH MY ROOMATE NINIEY RERAMAI WITH MY CLASSMATE =...
  • =CIK EPAL CONTEST=
    CONTEST lagi..hahaha.. kali ini saya telah ditagged oleh cik Niniey utk join contest cik Epal nie... see banner kt atas tu adalah b...
  • =GEGEDIK DEKAT PANTAI CENANG=
    Pergi pantai cenang just tgk sunset je ok.. bebajet menenangkan diri la kn.. huahuha.. mls nk tulis pnjang2.. so gambar dpt m...
  • =SWEET 21..Harap Lebih Bahagia..!!=
      "happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to Nursyakila Bt Mohd Asri.. happy birthday to...
  • =New Year Di Langkawi=
     Happy New Year 2013...!! tahun nie aku celebrate kt Langkawi.. sambutan kat sana biasa-biasa je.. tp syok la dapat c...
  • =Tanda Lelaki Sayang Kita..=
    "DON'T BE A WOMAN THAT NEEDS A MAN... BUT BE A WOMAN THAT MAN NEEDS..." Apabila seorang lelaki benar-ben...
  • =My Convocation Day=
    13 Oct 2012  PICC Putrajaya =Officially Diploma Holder= yeahhh saya dah grad!!!! terima kasih kepada mereka-mereka yg b...
  • “My Ex…My BF….”
    Salam…  pergilah kesedihan…pergilah derita…tabahlah wahai hati utk menerima segala takdirNya… aminnn…. emm hubungan kteorg berta...

=Popular Blog=

  • Maria Elena is Greek Helen
    What's up
    8 months ago
  • AkuFakhrul | Segalanya Ada
    5 ตำนานเกี่ยวกับโอลิมปิกโบราณ
    3 years ago
  • .. cik epal ..
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
    7 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    7 years ago
  • Zahiril Adzim
    tak faham
    9 years ago
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
    11 years ago
  • The Official Stacy Angie's Blog
    14 years ago

=Selalu Skodeng=

  • =Muncet=
    =Manusia=
    10 years ago
  • Bilik Usang
    Cara Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook
    11 years ago
  • Shaye Amily
    Saya Kembali !!
    13 years ago
  • Kertas Conteng
    Bumi Ku Malaysia
    13 years ago
  • Niniey Rasyed
    bengang !
    14 years ago
  • ~aQu adalah aQu~
    ~kita tahu~
    14 years ago
  • talk.play.love
    gali gali gambar :)
    15 years ago
  • Suezieyla
  • Siong.
  • ceritaku
  • when life begin
  • elprincessdear

=Masa itu EMAS=

=About Me=

Kiela
23 tahun
seorang gadis biasa...yang hanya inginkan kebahagiaan..tiada yg lebih..kekal dan bahagia...selain CINTA yg SATU...♥ my family...♥ my bff...

=Facebook=

Dimiela Chipsmore

Create Your Badge

=Tanye la pape pn=

=Cakap Banyak-=


ShoutMix chat widget

=Hati Ini=

  • ►  2013 (4)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (13)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (91)
    • ▼  December (2)
      • =30 perkara yang perempuan tak sempat beritahu lel...
      • =love you like a love song=
    • ►  November (5)
      • =Terbaik Untukmu=
      • =RINGKAS DAN BERMAKNA=
      • =Happy Birthday My Jantung Hati=
      • =S.A.B.A.R=
      • =Aku Hanya Wanita Biasa=
    • ►  October (6)
      • ✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil...
      • =KAU MMG DASAR TALAM BYK MUKA=
      • =Mengumpat =
      • =#Wordless Wednesday [2]=
      • =JUST FOR YOU=
      • =YOU ARE NOTHING=
    • ►  September (4)
      • = #Wordless Wednesday [1] =
      • =kuatkan lahh semangat aku=
      • =Kawan Untuk Kepentingan...ewww Tolong lahhh..!!=
      • =TERIMA SEADANYA=
    • ►  August (14)
      • =Lelaki Segak Bila Berbaju Melayu=
      • =Beruntungnya Menjadi Perempuan=
      • =Menghitung Hari ♥=
      • =Detik Rasullullah SAW Menghadapi Sakaratulmaut=
      • =Ikrar Diet=
      • =Tanda Lelaki Sayang Kita..=
      • =Promote Blog Kawan-Kawan=
    • ►  July (10)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (16)
    • ►  March (9)
    • ►  February (8)
    • ►  January (9)
  • ►  2010 (49)
    • ►  December (3)
    • ►  November (7)
    • ►  October (8)
    • ►  August (12)
    • ►  July (4)
    • ►  May (8)
    • ►  April (7)

=Peminat Saya=

=Curi Curi Tgk=

widget

=Trafit Light=

lovemekiela.blogspot.com. Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.
COPYRIGHT © HAK MILIK TERPELIHARA CIK KIELA